Bagaimana pengakhiran kita?

>> Jumaat

Seorang adik menghubungi saya baru-baru ini. Ia mengadu masalah seorang sahabatnya yang hampir berzina. Saya tidak terkejut sangat mendengarnya meskipun sahabat itu adalah seorang ahli gerakan Islam. Bagi saya, ahli mahupun tidak, ia tidak terlepas daripada buruan syaitan dan bisikan nafsu. Semakin merapat ia kepada Allah, semakin syaitan berusaha menjatuhkan kimanannya dalam lembah maksiat.

Adik saya itu kelihatannya tidak tenang. “Ustaz Dzul, ana tidak dapat tidur semalaman memikirkan perkara itu. Ana sangat sedih.” Begitulah lebih kurang mesejnya. Saya menyedari kesedihan menguasai dirinya menyebabkan emosinya agak kurang tenang.


Saya bertanyakan beberapa persoalan kepadanya. “Dik, agak-agaklah, siapa lebih mulia, enta ke dia? Boleh tak enta sebut pada ana, adakah enta masuk syurga dan dia masuk neraka?” Adik saya itu terdiam dan kemudian memberikan respon. “Masya Allah ustaz, dia lebih mulia daripada ana.”


Saya tidak mahu memberikan jawapan yang panjang lebar kepada dia. Saya hanya meminta agar adik itu menuntun kehendak nafsu sahabatnya. Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan.


Bak kata saudara saya Zahiruddin, “Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.





Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,


“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.



“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.



“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasti ia lebih mulia berbanding aku.



“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.



“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”



Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,



“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”



Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.



“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”


p/s : Manusia 'awamil 'awam semacam kita sering tertipu. Tertipu dengan pakaian, ilmu & kebijaksanaan walhal ia bukan tiket menuju syurga. Sumber

Read more...

Menelan pahit perjuangan





Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia”
“Saya menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat seseorang yang sudah lama ingin pergi bersama saya”

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini"

- TGNA , Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu 13 Nov 2009

Dalam kuliah Jumaat di Dataran Ilmu tengahari tadi Tuan Guru Nik Aziz telah memaklumkan pembatalan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. Beliau terpaksa menahan sebak di hati dengan menangguhkan pemergiannya ke Mekah walaupun ada pihak yang berhati mulia sanggup untuk membiayai kos pemergiannya ke Baitullah.  Antara sebab pembatalannya ialah fitnah yang dilemparkan ke atas beliau. 'Mereka' berjaya menggagalkan ibadah ke Mekah Tuan Guru kali ini, tetapi belum tentu mereka berjaya di dalam perancangan jahat itu.


 --------------------------------------------

Zaujah TGNA, Datin Sabariah, ada merakamkan dalam bukunya Bidadari Dari Timur bahawa beliau pernah terdengar rintihan hati suami tercinta pada malam tahajjud saat Tuan Guru di lamar ke medan politik. Dalam kesuraman malam itu, Tuan Guru menangis pilu di hamparan sejadah mengharap bantuan Rabbul Jalal dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Datin Sabariah risau akan dua perkara. Pertama, risau dan gerun dengan musuh politik Islam yang bakal meratah tubuh suami tercinta. Kedua, risau tentang 'keindahan' kuasa yang mungkin akan meronakan takabur di jiwa. Hm, bagaimana aku nanti ya..

p/s : Bantulah mereka yang berjuang dalam menegakkan agamaMu Ya Allah..

Read more...

Bahagia pada ketenangan

>> Isnin





Pagi itu aku menggagahkan diri mengatur langkah ke sana. Tempat di mana kutemui kedamaian jiwa dengan kehebatan nur dan kuasa pada yang bernama ‘ilmu’. Pertemuan hampir tiga jam bersama srikandi itu meninggalkan kesan mendalam pada diri ini. Seakan mengerti kondisi diri, beliau ibarat utusan istimewa dari Tuhan merungkai segala kekusutan yang sudah sekian lama terbelenggu lantas merawat luka-luka lama yang  telah menjadi kupingan noda. Meski nada  beliau tegas, bait tutur katanya seakan menuntun jiwaku, membelai dan memujuk lembut penuh hikmah. Sekali-sekala teringat pada kesilapan lalu yang acapkali bangkit membantah melulu, menyangka tahu segala walhal ilmu sehabuk cuma. Hidup ini proses belajar. Tak mahuku terbuai-buai dalam penyesalan diri terlalu lama. Merugikan masa. Apa yang pasti, syukurku pada Tuhan atas kurniaan ini.

Perkongsian ini kusambung nanti selepas exam ya! Cuma sekadar mahu berkongsi khabar gembira ini pada kalian. Benar, kebahagiaan sebenar adalah bila memiliki ketenangan jiwa. Allahurabbi..kuntuman cinta ini kian mekar subur mewangi. Pada sepertiga malam ini ingin sekali kubercerita pada kekasih hati! (^_^)

Read more...

Badut dunia

>> Rabu


1. Masih sukar nak terima kenyataan soalan periksa Ulum Hadith begitu rupanya. Maafkan akak, Abi & Umi!




2. Lama tak turun SMAP. Rasa bersalah pada adik-adik. Kalau diikutkan hati nak je cari rumah di Kajang. Sewa dekat Semenyih. Boleh tengok adik-adik selalu. Del, bleh carikan tak?



3. Wajah ikhlas kalian kerap datang bersilih ganti. Kak Long, Timah, Fana, Ama, Kema, Ain, Amirudin, Eihwan, Hasbie, Sharif. Mereka ini orang hebat.



4. Konvensyen Pendakwah Muda semakin hampir. Bertambah gentar. Paling kesian tengok En Syafful, Daing, Huda dan lagi kesian tengok Saadah.



5. Laptop dah takda bunyi. Tangan gatal sangat remove benda yang tak sepatutnya.



6. Sedikit pun tak berhajat nak masuk Balai Polis Nilai buat kali keduanya. Kesian kat kuda Kak Janah. Taubat. Balik ni nak amik lesen. Tak kira.



7. Petua hilangkan tensen - Jangan henti cabut rumput. Puas tengok halaman rumah dah bersih sikit.

 

8. Minyak wangi jiran sebelah rumah tak hantar lagi..sori pakcik.



9. Tak reti download Nur Kasih

 
10. Rindu kat adik..


 



Ok. Puas. Sekian.



Read more...

Dusta cinta kita

Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya bengit. Saya menutup hidung.



Busuknya busuk sekali. Kemudian seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai. Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.



Lalu seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”


“Guru, saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga? “Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan azab seksa.”


                          

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu terdedah dengan rasa sombong dan ujub.






Seorang yang bertaubat boleh terdedah kepada dosa. Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat lalu taubatmu tidak berguna.”






“Apa tujuan kamu?” Saya bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.” Saya menggeleng-geleng kepala.






“Alangkah rendahnya impian kamu, adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.”






Kawan saya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta membuat program motivasi?” Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi dan memberikan keyakinan.”





Saya turut menggeleng-geleng kepala. Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa benci dengan kegiatan dosa.”





Ramai yang bercinta. Namun tidak meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah, agar dapat mereka membina rumah tangga yang bahagia. Sedangkan saya ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”






Maka pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.






Maka hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.






Seorang naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan.





Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah, saya ada pesan kepada diri saya. Saya sebutkan kepada rakan seusrah, “Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya bermasalah dengan Allah.”



Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia.



“Kenapa begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya. “Ini kerana Allah benci kepada pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”



Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka.


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP